Friday, August 27, 2010

* DUA BULAN PADA 27 OGOS 2010??

Benarkah akan berlaku dua Bulan pada
27 Ogos 2010?
Tersebar dengan luas melalui email..mengatakan akan berlaku dua Bulan di langit
pada malam 27 Ogos 2010.

Mengikut email tersebut seluruh dunia menantikan..
planet Marikh paling cerah di bulan Ogos. Akan kelihatan saiznya sebesar bulan
purnama pada12:30am, 27 Ogos 2010. Ia akan kelihatan seperti dua bulan..

Sebenarnya pada tarikh 27 Ogos 2010, Bulan pada jam 12:30am berada pada
altitud 50 darjah di langit timur,manakala planet Marikh telah terbenam di ufuk
barat pada jam 9.58pm. Ini bermakna tidak mungkin Bulan dan Marikh pada masa
tersebut berada berdekatan antara satu sama lain.

Tidak mungkin juga saiz Marikh
hampir sama dengan Bulan sekali pun ia paling hampir dengan Bumi.
Apa yang sebenarnya berlaku pada12:30am, 27 Ogos 2010 ialah planet Musytari
dan Bulan akan berada berhampiran, Musytari terbit pada 08:50pm dan Bulan terbit
pada 21:40pm(26 Ogos 2010).

Umat Islam pada malam ini berada pada malam 17
Ramadhan 1431H. Kedua-duanya kelihatan berdekatan dengan sudut pisahan 9
darjah diantara keduanya. Kita mulai dapat melihatnya kedua-duanya di langit
timur selepas jam 10.00 pm, 26 Ogos 2010 apabila Musytari agak tinggi sedikit dari
ufuk timur pada altitud 14 darjah. Bulan berada di sebelah atas Musytari. Planet
Musytari kelihatan seperti satu bintang yang terang pada malam itu tetapi saiznya
tidaklah hampir sama seperti Bulan purnama.


SUMBER :http://www.al-azim.com/khawarizmi/muatturun/fenomena_bulan.pdf

Monday, August 23, 2010

*INFO HARI INI

SALAM SEMUA
TAHUKAH ANDA..

23 ORANG DARIPADA 35 RAKYAT MALAYSIA DI KUALA LUMPUR MENGETAHUI SERTA MENGHAFAL PRINSIP RUKUN NEGARA

MAKA HANYA 10 ORANG (sebab yang 2 orang lagi pendatang asing) DARIPADA 35 ORANG RAKYAT MALAYSIA MASIH TIDAK MENGETAHUI RUKUN NEGARA MALAYSIA

APABILA DITANYAKAN TENTANG RUKUN ISLAM, HANYA 6 ORANG DARIPADA 23 0RANG YANG MENGETAHUI RUKUN MALAYSIA TADI DAPAT MENJAWAB DENGAN BETOL...

semestinya info ini gua yang reka nak menunjukan kita semakin jauh dengan agama kita... sedar lah wahai sahabat
p/s: gua termasuk dalam golongan berENAM itu...

Wednesday, August 18, 2010

*PENDEK

SELAMAT PAGI SEMUA...
GUA BANGUN AWAL HARI INI...
GUA TERBANGUN PON SEBAB HANDSET BERBUNYI AWAL-AWAL PAGI...
HAIH CIK GADIS LAR... SAPE LAGI..
DIA BAGI MMS..
SURUH GUA LETAK KAT BLOG...
NI YANG GUA TEPEK NI...


INI LAR CIK GADIS YANG BAGI MMS TADI...
ADEH.. BANGUN-BANGUN TIDO..
CARI GAMBAR DALAM HANDSET TAK JUMPA DAH...
DEMMM GUA MIMIPI JA???

NASIB BAIK GOOGLE ADA...

p/s:gua boleh solat subuh yea... xperlu mandi dulu pon tak apa...

Monday, August 9, 2010

*UNTUK CIK GADIS

Masa kita mula-mula kenal, awak cuma nampak permukaan jiwa saya.
Masa mula-mula kita kawan, awak cuma nampak luaran hati saya.
Tapi awak terima dan awak mula tamak.


Awak berdiri di luar hati saya.
Awak ketuk perlahan-lahan.
Awak datang setiap masa, setiap hari.
Awak tanya, bila agaknya awak dapat masuk ke pintunya.


Awak datang setiap hari sehingga saya kehilangan diri.
Awak marah saya - awak kata saya menyelinap masuk ke dalam hati awak tanpa perlu usaha.
Saya termangu - saya dalam hati awak, jiwa awak?
Awak merayu - berikan awak kunci, kata laluan atau apa sahaja agar awak bisa masuk ke dalam.


Saya berikan awak kata laluan.
Awak buka dengan perlahan.
Awak mula berikan sepenuh tumpuan dengan tinggal di situ.
Awak baca setiap helaian manuskrip dalam hati saya.
Lembaran demi lembaran awak baca.


Awak, bila tiba halaman yang sukar untuk difahami, mengapa awak berdiam diri?
Mengapa awak tidak mahu lebih mengerti?
Mengapa awak tidak mahu bertanya kepada saya, tuan punya diri?


Awak, hati yang awak masuki adalah hati saya.
Kamus yang awak perlukan adalah saya.
Awak, adakah awak masih mahu membaca lagi?
Atau mahu berpaling pergi?

SIAPAKAH CIK GADIS???
AWEK QLATE YANG DULUKAH???
TUNGGU....

p/s: gua sayang cik gadis gua

Friday, August 6, 2010

*NAKAL LAR AWAK NI...

INI ADALAH PERBUALAN GUA DENGAN ~awekqlate~ (bukan nama sebenar)
MENGGUNAKAN IM (sama ada oovoo ataupun skype, gua pon dah lupa)
GUA TAK EDIT APA-APAPUN SELAIN NICKNAME DAN NAMA KEKASIH BELIAU..

~gewe qlate~:  (6:27 PM) 
huk3
pdhal mg memang kecewa ngn aku kan?
kan3?
hihi

GUA:  (6:28 PM) 
bkpo nk kcewa?

~gewe qlate~:  (6:28 PM) 
sebab aku kapel ngn #####
bkan ngn mg
hik3

GUA:  (6:28 PM) 
lorr
bkpo nk kcewa nye?
jelez pon idak...

~gewe qlate~:  (6:29 PM) 
sebab mg suke aku
hahahaha

GUA:  (6:29 PM) 
hahaha 
koya lor mg nh.. 
bkpo mg kate aku ska mg plop?

~gewe qlate~:  (6:31 PM) 
aku maen2 je la 
hihi
=P
sje2 je
jgn oyk ##### weii 
kalo dop
kne marah plak aku



MOTIF CHAT NGAN GUA CAMTU???
NAK SHOW OFF LU ADE PAKWE ENSEM KAH???
AHAHAHA... GUA DOAKAN LU ORANG BAHAGIA HINGGA KE ANAK CUCU

p/s: gua nak perasan gua kena ngorat boleh tidak??? hahahaha...

Monday, August 2, 2010

*TESTING

SALAM...
HARI INI BIRTHDAY GUA...
GUA DAH CUKUP 21 TAHUN...
SEMPENA GUA NYE BIRHDAY NI...
GUA TELAH CIPTAKAN SATU BLOG UNTUK GUA

1) CACI MAKI ORANG KALAU GUA SAKIT HATI
2) MENCARUT SAMBIL SUMPAH SERANAH ORANG KALAU GUA TAK PUAS HATI
3) GUA SUKA BACA BLOG ORANG LAIN (MUNGKIN AKAN DIREVIEW..ehh suka hati gua lar)
4) SHARE INFO YANG GUA ADA
5) CERITAKAN KISAH HIDUP GUA
6) ENTAH APA LAGI GUA NAK BUAT (blog gua, suka hati gua la kan, ye dak???)

TAPI GUA NI BARU BELAJAR BERBLOG..
LU ORANG OTAI-OTAI KALAU GUA BUAT SILAP TEGUR LAR..
TAKUT LAK GUA TERLANGAR UNDANG-UNDANG PERSATUAN BLOGER (ade ke???)

p/s: entah-entah blog ni tahan dua hari jer..lepas tu gua malas nak update.. adeh...