Friday, August 27, 2010

* DUA BULAN PADA 27 OGOS 2010??

Benarkah akan berlaku dua Bulan pada
27 Ogos 2010?
Tersebar dengan luas melalui email..mengatakan akan berlaku dua Bulan di langit
pada malam 27 Ogos 2010.

Mengikut email tersebut seluruh dunia menantikan..
planet Marikh paling cerah di bulan Ogos. Akan kelihatan saiznya sebesar bulan
purnama pada12:30am, 27 Ogos 2010. Ia akan kelihatan seperti dua bulan..

Sebenarnya pada tarikh 27 Ogos 2010, Bulan pada jam 12:30am berada pada
altitud 50 darjah di langit timur,manakala planet Marikh telah terbenam di ufuk
barat pada jam 9.58pm. Ini bermakna tidak mungkin Bulan dan Marikh pada masa
tersebut berada berdekatan antara satu sama lain.

Tidak mungkin juga saiz Marikh
hampir sama dengan Bulan sekali pun ia paling hampir dengan Bumi.
Apa yang sebenarnya berlaku pada12:30am, 27 Ogos 2010 ialah planet Musytari
dan Bulan akan berada berhampiran, Musytari terbit pada 08:50pm dan Bulan terbit
pada 21:40pm(26 Ogos 2010).

Umat Islam pada malam ini berada pada malam 17
Ramadhan 1431H. Kedua-duanya kelihatan berdekatan dengan sudut pisahan 9
darjah diantara keduanya. Kita mulai dapat melihatnya kedua-duanya di langit
timur selepas jam 10.00 pm, 26 Ogos 2010 apabila Musytari agak tinggi sedikit dari
ufuk timur pada altitud 14 darjah. Bulan berada di sebelah atas Musytari. Planet
Musytari kelihatan seperti satu bintang yang terang pada malam itu tetapi saiznya
tidaklah hampir sama seperti Bulan purnama.


SUMBER :http://www.al-azim.com/khawarizmi/muatturun/fenomena_bulan.pdf

No comments:

Post a Comment